Skip to main content
PUSPAKOM SDN BHD

Puspakom jobs in Pandan Jaya

Post your resume and find your next job on Indeed!

Puspakom jobs in Pandan Jaya

Sort by: -
    • PUSPAKOM sedang mencari individu yang proaktif, berdisiplin dan berorientasikan pelanggan untuk menyertai pasukan kami sebagai Traffic Warden.
    • View all PUSPAKOM SDN BHD jobs - Kajang jobs - Warden jobs in Kajang
    • Salary Search: Traffic Warden salaries in Kajang
    • See popular questions & answers about PUSPAKOM SDN BHD

People also searched:

jawatan kosong

Job Post Details

Traffic Warden - job post

PUSPAKOM SDN BHD
Kajang
RM 1,700 - RM 1,800 a month - Full-time

Job details

Pay

  • RM 1,700 - RM 1,800 a month

Job type

  • Full-time

Location

Kajang

Full job description

Warden Trafik / Traffic Warden di PUSPAKOM Kajang

PUSPAKOM sedang mencari individu yang proaktif, berdisiplin dan berorientasikan pelanggan untuk menyertai pasukan kami sebagai Traffic Warden. Jawatan ini memainkan peranan penting dalam memastikan aliran trafik kenderaan pelanggan berjalan lancar, selamat dan teratur sepanjang waktu operasi.

Tanggungjawab Utama

  • Menyemak tempahan pelanggan dan memastikan tarikh serta maklumat tempahan adalah tepat.
  • Mengenal pasti tempahan yang bertindih atau melibatkan kenderaan yang sama.
  • Memastikan dokumen yang diperlukan lengkap sebelum pelanggan meneruskan proses pemeriksaan.
  • Memberikan bantuan dan panduan kepada pelanggan berkaitan proses pemeriksaan dan keperluan dokumen.
  • Mengawal dan menyelaras pergerakan serta barisan kenderaan di kawasan cawangan.
  • Memastikan kenderaan yang menunggu giliran pemeriksaan tidak menghalang jalan utama, laluan keluar masuk premis atau mengganggu pengguna jalan raya lain.
  • Memastikan aliran trafik sentiasa teratur, selamat dan mematuhi prosedur operasi yang ditetapkan.
  • Melaporkan sebarang isu berkaitan keselamatan, kesesakan atau operasi kepada penyelia.

Kelayakan

  • Minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan setaraf.
  • Mempunyai kemahiran komunikasi dan layanan pelanggan yang baik.
  • Berdisiplin, bertanggungjawab dan mampu bekerja secara berdikari serta dalam pasukan.
  • Mampu menggunakan telefon pintar atau peranti digital untuk tujuan semakan tempahan dan maklumat pelanggan.
  • Pengalaman dalam bidang operasi, keselamatan, kawalan trafik atau khidmat pelanggan adalah satu kelebihan.
  • Jawatan ini melibatkan tugas di kawasan terbuka (outdoor) sepanjang waktu operasi.
  • Calon perlu mempunyai tahap ketahanan fizikal yang baik serta selesa bekerja dalam pelbagai keadaan cuaca termasuk panas dan hujan.
  • Mampu berdiri, berjalan dan mengawal pergerakan trafik dalam persekitaran operasi yang aktif dan sibuk.

Job Type: Full-time

Pay: RM1,700.00 - RM1,800.00 per month

Benefits:

  • Additional leave
  • Dental insurance
  • Free parking
  • Health insurance
  • Opportunities for promotion
  • Parental leave
  • Professional development

Application Question(s):

  • Adakah anda bersedia untuk bekerja di luar bangunan setiap hari?
  • Adakah anda selesa bekerja dalam pelbagai keadaan cuaca seperti panas dan hujan?
  • Jawatan ini memerlukan anda berdiri dan berjalan untuk tempoh yang panjang. Adakah anda mempunyai tahap ketahanan fizikal yang sesuai untuk menjalankan tugas tersebut?
  • Pernahkah anda mempunyai pengalaman dalam bidang operasi, kawalan trafik, keselamatan, penguatkuasaan atau khidmat pelanggan?
  • Adakah anda bersedia berinteraksi dengan pelanggan dan memberikan arahan secara profesional apabila diperlukan?

License/Certification:

  • Lesen Memandu Minima B2 (Required)

Location:

  • Kajang (Required)

Work Location: In person

Let Employers Find YouUpload Your Resume